fbpx

KDN bantu Jakim kesan ‘pengkid’ tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad merasmikan Upacara Pecah Tanah Pondok Kitab Turath di Kompleks Pendidikan Al-Rahmat di Solok Gaong, Bukit Lintang, Melaka.

MELAKA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha mengesan seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, ini memandangkan individu tersebut menggunakan visa pelancongan bagi menunaikan umrah seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, Jakim akan terus bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana sehingga kini pihaknya belum mendapat maklumat lengkap sama ada wanita tersebut masih berada di Tanah Suci atau sudah pulang ke tanah air.

“Sekarang ini kita tidak tahu status sebenar wanita ini, ada kata dia tinggal di Perak dan ada pula kata dia duduk di Selangor.

“Kita kurang maklumat jadi kita akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengesan wanita ini,” katanya selepas merasmikan Dewan Besar dan Upacara Pecah Tanah Pondok Kitab Turath di Kompleks Pendidikan Al-Rahmat di Solok Gaong, Bukit Lintang, di sini hari ini.

Tambahnya, usaha pengesanan menjadi sukar kerana wanita terbabit tidak menggunakan khidmat agensi sebaliknya secara sendiri selain tiada sebarang rekod jenayah untuk membolehkannya ditahan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita lengkap memakai ihram lelaki menunaikan umrah di Mekah yang menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat Islam di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI