fbpx

[VIDEO] 2 beranak maut, 4 cedera kemalangan 2 kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN membabitkan anak beranak dari Mersing maut berlaku berhampiran Felcra Dusun Panti, Kota Tinggi pagi tadi.

KOTA TINGGI – Dua beranak maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta yang berlaku berhampiran Felcra Dusun Panti, di sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 10.51 pagi.

“Seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Terdapat empat orang mangsa telah berjaya keluar daripada kenderaan sebelum ketibaan pihak bomba manakala dua orang mangsa perempuan dewasa tersepit di dalam kereta Proton Wira,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, anggota PKO bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum kedua-dua mangsa  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa maut merupakan pasangan anak beranak tinggal di Mersing yang dikenali sebagai Titah Abd Ghani , 58, dan anaknya, Samsiah Abdullah, 21.

Mangsa dikatakan menaiki kereta bersama menantunya, Mohd. Fahmi Aizat Mokhtar, 24, yang terselamat dan mengalami kecederaan.

Sementara itu, kesemua mangsa yang menaiki Proton Saga pula dikenali sebagai Junaidah Muhmad, 48, Liqwan Shah Nasution Lindung Saputra, 26, dan Lizwan Sharel Nasution Abdullah, 18, turut mengalami kecederaan.

Ketiga-tiga individu terbabit telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi manakala mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk sisasatan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI