fbpx

Maklumat tidak sampai, rakyat terkeliru – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri bersalaman dengan JPKK Daerah Bera, Safie Yahya selepas menyampaikan Jalur Gemilang kepada kesemua 20 Pengerusi JPKK di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, banyak maklumat mengenai dasar kerajaan tidak sampai kepada rakyat menyebabkan mereka terkeliru dan terpengaruh dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu beliau berkata, Program ‘Jom Masuk Kampung’ merupakan platform strategik pihak kerajaan bersama pemimpin, belia dan komuniti luar bandar bagi memperjelaskan strategi, tindakan dan perancangan pihak kerajaan dalam membangunkan kampung dan komuniti luar bandar.

“Banyak kejayaan yang telah dicapai kerajaan tetapi tidak apabila tidak perjelaskan kepada rakyat, maka kadang-kadang rakyat terkeliru dengan kempen anti-kerajaan dan pelbagai fitnah yang dilemparkan.

“Namun, rakyat tidak boleh dipersalahkan jika terkeliru kerana informasi tidak disampaikan. Jadi, saya harap melalui program ini, segala informasi mengenai kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya dalam ucapan perasmian Program Jom Masuk Kampung dan Hari Potensi Kemas Parlimen Bera, di Padang Awam Felda Triang 3, di sini, hari ini

Menurut Ismail Sabri, program seumpama itu mampu meningkatkan pemahaman rakyat berkaitan dasar-dasar yang diumumkan kerajaan terutamanya kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memaklumkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) turut memainkan peranan penting selain menyediakan menyediakan pendidikan awal kanak-kanak.

Jelasnya, susulan itu, kerajaan memperuntukkan RM140 juta tahun ini bagi Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT) untuk kanak-kanak di Tabika dan Taska di seluruh negara.

Katanya, program itu memberi manfaat kepada 225,281 kanak-kanak di TABIKA dan 9,716 kanak-kanak di TASKA kendalian Kemas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI