fbpx

Putin tawar RM69,411 bagi wanita Russia yang sanggup lahirkan 10 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang melahirkan 10 anak akan menerima wang ganjaran mereka selepas anak ke-10 berusia setahun dan kesemua anak masih hidup. - Free Europe

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin menawarkan ganjaran tunai bersamaan  £13,000 (RM69,411) kepada mana-mana wanita di Russia yang sanggup melahirkan 10 orang anak, lapor akhbar Daily Star UK  kelmarin. 

Tawaran tersebut dibuat susulan penurunan populasi ketara di Russia dan diharap dapat menggalakkan lebih ramai wanita Russia mempunyai keluarga besar bagi menangani masalah tersebut.

Dekri baharu itu ditandatangani oleh Putin pada Isnin minggu ini.

Ia adalah kebangkitan semula gelaran ‘Ibu Srikandi’ era Kesatuan Soviet yang dibawa oleh diktator Joseph Stalin berikutan kematian besar-besaran tentera dan rakyat Russia semasa Perang Dunia Kedua.

Stalin juga memperkenalkan pingat  Order of Maternal Glory dalam bentuk kelas pertama, kedua dan ketiga.

Kelas pertama mewakili ibu yang mempunyai sembilan anak manakala kelas ketiga bagi mereka yang mempunyai tujuh orang anak.

Para ibu akan menerima bayaran apabila anak ke-10 mereka mencapai umur satu tahun dan hanya akan menerima wang tunai jika semua anak mereka masih hidup.

Beberapa pengecualian dikenakan termasuk sekiranya kanak-kanak berkenaan terbunuh dalam konflik atau serangan pengganas.

Rusia mengalami penurunan populasi secara mendadak yang mencecah rekod baharu pada Julai tahun ini.

Pada 2021, penduduk negara itu menyusut daripada 146 juta kepada 145.3 juta bersamaan sekitar 57,000 orang sebulan, demikian menurut akhbar Rusia, The Moscow Times.

Ini menjadikan ia trend penurunan populasi tertinggi sejak beberapa dekad lalu dengan kadar penurunan meningkat hampir dua kali ganda sejak 2021.

Ahli Demografi dari  Institut Kajian Demografi Kebangsaan, Alain Blum berkata,  Moscow terjerumus ke dalam krisis demografi yang serius selepas zaman kejatuhan Kesatuan Soviet. 

“Buat kali pertama dalam rekod, kadar kematian Rusia dengan ketara melebihi kadar kelahiran sekali gus membawa kepada penurunan populasinya,” ujar Blum. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI