fbpx

Polis berkas remaja conteng surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Surau Darussalam yang menjadi sasaran vandalisme oleh suspek remaja berusia 18 tahun pada minggu ini. – Dok.Istimewa

JAKARTA – Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan polis kerana disyaki melakukan perbuatan vandalisme di Surau Darussalam daerah Pasar Kemis, Kabupaten Tangerang di Banten, Indonesia malam kelmarin.

Portal berita Kompas melaporkan, suspek yang hanya dikenali dengan singkatan S, 18, ditahan anggota polis di kawasan perumahan Villa Tangerang yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Tangkapan suspek dibuat susulan penularan rakaman video menunjukkan keadaan surau itu dicemari dengan contengan pada dinding dan lantai semasa jemaah mahu menunaikan solat Asar pada hari kejadian.

Perkara itu disahkan oleh Ke­tua Polis Kota Tangerang, Ade Ari Syam Indardi dan menyatakan motif kejadian masih disiasat.

“Berdasarkan pemeriksaan polis, saksi dan bukti di tempat kejadian, suspek ditahan kira-­kira pukul 7.30 malam (waktu tempatan) di rumahnya,” kata Ade.

Tambahnya, suspek mengaku bersalah melakukan perbuatan menconteng dinding, lantai, sejadah dan al-Quran di surau ber­kenaan.

Suspek dibawa ke Balai Polis Tangerang untuk disoal siasat berhubung perbuatan itu.

Sementara itu, penduduk kampung sudah membersihkan kesan contengan di Surau Darussalam dan jemaah dibenarkan melakukan ibadah seperti biasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI