BERUNTUNG mempunyai adik-beradik bersuara sedap.
Begitulah antara pujian yang diberikan terhadap Khai Bahar dan dua adik perempuannya yang dikenali sebagai Teha dan Kyra.
Mereka menyorot perhatian ramai apabila tular sebuah video mendendangkan lagu Ketika Cinta Bertasbih nyanyian asal Melly Goeslaw dan Amee.
Video yang dimuat semula oleh peminat mereka itu dipuji kerana ramai mengagumi kelunakan suara tiga beradik tersebut.
Tidak kurang juga ada yang mahu melihat mereka bertiga menghasilkan single sendiri kelak.
“Mantap suara adik-beradik Khai,” puji netizen.
“Anugerah Allah, dikurniakan suara yang sedap untuk mereka adik-beradik. Nanti buatlah lagu bersama,” pinta seorang peminat Khai.
Video mereka meraih lebih 260,000 tontonan dan 22,000 tanda suka.