fbpx

McDonald’s nafi dakwaan pelanggan burger makin mengecut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Status pelanggan yang tidak berpuas hati dengan saiz burger McDonald’s yang dikatakan menyerupai saiz hidangan kanak-kanak. - Facebook

CANBERRA, Australia – Rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di Australia menafikan bahawa saiz burgernya telah mengecil seperti didakwa oleh segelintir pelanggan, lapor akhbar Daily Star UK  semalam.

Penafian dibuat selepas satu kumpulan penggemar hidangan Mcdonald’s, McFans memulakan teori konspirasi di laman Facebook bahawa hidangan tersebut berubah menjadi hidangan saiz kanak-kanak.

Kumpulan tersebut menyiarkan penemuan mereka yang mendakwa bahawa burger seperti sandwic Fillet-O-Fish dan McChicken telah ‘mengecut’.

“Adakah Mc Donald Filet-O-Fish sentiasa sekecil ini? Saya tidak ingat ia adalah bersaiz mini yang sesuai untuk hidangan kanak-kanak seperti ini?,”tulis seorang pelanggan yang marah.

“Harga melambung, produk semakin mengecil,” komen seorang lagi.

Bagaimanapun, Mcdonald’s menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut yang dianggap dakwaan palsu.

“Tiada perubahan pada saiz burger.

“Kami komited untuk menawarkan pelanggan kami kualiti terbaik, burger enak yang menampilkan 100 peratus ayam dan daging lembu Australia,” kata seorang jurucakap McDonald’s. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI