fbpx

Joan Mir mahu terus fokus lonjak prestasi Suzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR belum sedia memikirkan mengenai pasukan baharu yang bakal disertai sebaliknya mahu fokus pada baki perlumbaan musim ini bersama Suzuki. – AFP

STYRIA, Austria – Pelumba utama pasukan Suzuki, Joan Mir mengakui enggan memikirkan mengenai kemelut masa depan pada saingan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) sebaliknya fokus untuk memberikan yang terbaik pada Grand Prix (GP) Austria malam esok.

Sebagai rekod, Mir masih belum memiliki kontrak dengan mana-mana pasukan untuk kempen MotoGP musim depan meskipun dikaitkan penghijrahan ke Repsol Honda selepas Suzuki mengesahkan bakal menarik diri sepenuhnya apabila berakhir kempen musim ini.

Mir yang mencipta sensasi tersendiri apabila bergelar juara dunia edisi 2020 ketika mewakili Suzuki gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan musim ini selepas hanya mengutip 33 mata daripada 10 perlumbaan.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu mengakui perjalanan musim ini masih lagi panjang meskipun rakan sepasukannya di Suzuki, Alex Rins sudah pun mendapat tawaran untuk menyertai LCR Honda pada musim depan.

“Saya rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mengatakan perihal masa depan, tetapi saya harap dapat memberikan khabar gembira secepat mungkin. Buat masa ini, biarlah saya fokus bersama Suzuki dan berikan yang terbaik pada GP Austria minggu ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Mir meng­akui cukup berminat untuk membawa rakan teknikal daripada Suzuki menyertai pasukan baharunya pada masa depan, tetapi segalanya bergantung de­ngan pihak pengurusan nanti.

“Jika saya menyertai pasukan baharu, sudah tentu pengurusan ada jurutera dan mekanik tersendiri, tetapi jika dibenarkan, saya harap dapat membawa mereka yang menjadi tulang belakang saya di Suzuki kerana simpati mereka bakal hilang kerja tahun depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI