fbpx

[VIDEO] Masalah brek punca treler jatuh jejambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler yang terbabas di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh hari ini. - FOTO: MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Masalah brek dipercayai punca seorang pemandu treler gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas sebelum terjatuh dari jejambat ke Jalan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, pemandu treler yang berusia 50 tahun cedera ringan.

“Ketika melalui laluan di Kilometer 271.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kenderaan berat tersebut dipercayai mengalami masalah brek.

“Keadaan itu menyebabkan treler tanpa muatan tersebut terbabas dan melanggar besi penghadang sebelum terjunam ke Jalan Persekutuan di Jalan Kuala Kangsar,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, insiden yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan itu tular di media sosial dengan memaparkan sebuah treler terjatuh dari jejambat lebuh raya ke Jalan Kuala Kangsar.

Besi penghadang yang dipasang di laluan lebuh raya turut jatuh merintangi laluan, namun tidak menghempap kenderaan dan pengguna jalan raya yang lain.

Kejadian itu mengakibatkan aliran trafik dari Ipoh menghala Tasek di Jalan Kuala Kangsar terganggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI