fbpx

Pemancing bertarung nyawa ’15 jam’ dengan berpaut tebing batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang berpaut pada tebing Pulau Batu Berantai sebelum diselamatkan APMM hari ini.

KUALA SELANGOR – Lima pemancing tempatan bertarung nyawa dengan berpaut di tebing batu Pulau Batu Berantai selepas terkandas akibat cuaca buruk kira-kira 1.4 batu nautika barat laut Pantai Remis, Jeram di sini.

Kesemua mangsa itu dikenali sebagai Mohd. Yazid Basir, 37; Zamri Romli, 39; Mohd. Razwan Hussin, 48; Hamidi Rohani, 70, dan Tohid Sangon , 65, dikatakan menggunakan tebing itu sebagai “penyelamat’ antara tiga hingga 15 jam daripada hanyut dalam laut.

Mereka yang berasal dari Tanjong Karang dan Jeram bagaimanapun berjaya diselamatkan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira pukul 10.20 pagi tadi.

Bercerita detik cemas itu, salah seorang mangsa iaitu Mohd. Razwan berkata, sebelum kejadian dia bersama dua mangsa lain dihantar ke pulau tersebut menggunakan bot kira-kira pukul 7.20 petang semalam dan sepatutnya pulang pagi tadi.

“Namun, kira-kira 8.30 pagi tadi, bot itu tiba dengan menurunkan dua lagi pemancing kerana mempunyai urusan lain di Pulau Angsa. Bot itu bagaimanapun tidak muncul dan dipercayai terkandas akibat cuaca buruk,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, episod hitam itu bagaimanapun berakhir apabila melihat pesawat helikopter APMM berlegar di kawasan perairan tersebut.

“Kami kemudian segera melambai tangan  meminta pertolongan kerana bimbang keadaan menjadi lebih serius. Selain telefon bimbit, peralatan seperti jaket keselamatan dan alat memancing sudah dihanyutkan ombak sekali gus menyebabkan kami gagal menghubungi sesiapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Stesen Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Kepten Maritim Syed Islam Shahajam berkata, ketika kejadian pesawat AW139 dinaiki dua juruterbang dan tiga kru termasuk perenang penyelamat sedang menjalankan rutin latihan penerbangan.

“Keadaan laut ketika itu bergelora dan boleh merisikokan nyawa pemancing sekiranya mereka hanyut kerana tidak memakai jaket keselamatan.

“Semua mangsa bagaimanapun diselamatkan apabila perenang penyelamat berjaya membawa mereka naik ke dalam pesawat dengan menggunakan teknik ‘winching’,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI