fbpx

Merajuk rakan sekerja tidak hadiri perkahwinan, wanita letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan telah mengkhususkan enam meja khas buat kesemua rakan sekerjanya namun malangnya, hanya seorang yang hadir. – Unsplash

BEIJING – Seorang wanita di China nekad meletakkan jawatan selepas  kecewa kerana hanya seorang daripada 70 rakan sekerja menghadiri majlis perkahwinannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Menurut laman berita ETtoday, wanita yang identitinya tidak dinyatakan itu meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana dimalukan oleh rakan-rakan sekerja pada hari bahagianya.

Wanita berkenaan dikatakan  bekerja di syarikat tersebut selama lima tahun dan mengaku mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan sekerjanya.

Dia juga pernah menghadiri majlis perkahwinan satu pertiga daripada 70 rakan sekerjanya, justeru, apabila tiba gilirannya untuk berkahwin, dia yakin mereka akan turut serta.

Selain itu, dia menjemput kesemua mereka kerana bimbang ada yang akan berkecil hati sekiranya tidak dijemput. 

Tidak dinyatakan sama ada tetamu perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum majlis berlangsung atau sebaliknya.

Pada hari perkahwinan tersebut, wanita berkenaan telah mengkhususkan enam meja khas buat semua rakan sekerjanya namun malangnya, hanya seorang yang hadir.

Rakan yang hadir itu merupakan seorang pekerja junior yang berada di bawah seliaannya, yang mungkin berasa bertanggungjawab untuk hadir ke acara itu.

Berdasarkan hantaran di laman sosial Weibo, wanita tersebut berkata, dia berasa dimalukan di hadapan tetamu lain terutamanya keluarga sebelah suaminya.

Dia akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana enggan terus bekerja dengan orang yang telah memalukannya pada hari perkahwinan sendiri. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI