fbpx

Kucing tepuk dada, selamatkan tuannya daripada serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sam bersyukur kerana tindakan Billy telah menyelamatkan nyawanya. – SWNS

LONDON – Seorang wanita yang mengalami serangan jantung ketika tidur diselamatkan kucing peliharaannya apabila haiwan itu menepuk dadanya sehingga dia terjaga, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Sam Felstead, 42, ketika kejadian, sedang tidur pada pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) apabila kucingnya, Billy bersikap luar  biasa dengan menepuk dadanya.

Wanita berasal dari Nottinghamshire, England itu terjaga dan menyedari dia tidak dapat menggerakkan badannya sebelum memanggil ibunya, Karen untuk membantu.

“Ketika masuk tidur, saya dalam keadaan baik sahaja. Namun tiba-tiba, saya terjaga pada awal pagi dan peluh mula memercik selain tidak dapat menggerakkan badan.

Tambah wanita berkenaan, Billy kebiasaannya tidak mengiau dengan kuat kerana ia sering tidur sepanjang hari.

“Namun ketika kejadian, Billy enggan meninggalkan saya. Dia bukan seekor kucing yang manja,  sebaliknya sering bersendiri dan tidak akan mengejutkan kami untuk meminta makanan.

“Ia juga sayang akan ibu saya dan kebiasaannya tidak ambil peduli mengenai saya,” ujar Sam.

Tambahnya, dia bagaimanapun bersyukur kerana tindakan Billy telah menyelamatkan nyawanya.

Selepas tiga hari dimasukkan ke hospital, Sam dibenarkan pulang ke rumah. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI