fbpx

Bidoglio tagih keberanian pemain Johor Darul Ta’zim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT bakal mencipta sejarah baharu sekiranya berjaya menewaskan Urawa Red untuk mara ke saingan suku akhir ACL.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) percaya tiada apa yang mustahil meskipun berdepan misi ‘hidup mati’ menjelang aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang wakil kelab Jepun, Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama malam ini.

Pengendali skuad Harimau Selatan, Hector Bidoglio menyeru anak-anak buahnya untuk tampil lebih berani di atas padang de­ngan mempamerkan corak permainan bola sepak moden selain tidak gentar dengan pasukan tuan rumah.

Kata Bidoglio, aspek mentaliti sudah dikerahkan agar pemain bersedia dengan segala kemungkinan sepanjang 90 minit perlawanan selain tahap kecergasan fizikal pasukan juga berada de­ngan cukup positif.

“Kami jangkakan perlawanan yang sukar, tetapi pasukan sudah bersedia untuk memberi komitmen maksimum sepanjang perlawanan dan saya optimis mereka akan fokus sepenuhnya di atas padang.

“Apa yang pasti, saya harap falsafah bola sepak yang cuba saya terapkan akan diteruskan kerana kami harus mengawal bola dengan melakukan hantaran pendek selain berusaha memberi tekanan buat lawan secepat mungkin jika kehilangan bola.

“Mengenai aspek mentaliti, sudah tentu saya terapkan dalam fikiran pemain bahawa tiada apa yang mustahil selain percaya pasukan ini sememangnya memiliki mentaliti yang baik,” kata­nya pada sidang media semalam.

Sementara itu, kapten skuad JDT, Farizal Marlias mengakui kejayaan mencipta sejarah melepasi peringkat kumpulan sai­ngan ACL perlu dilupakan de­ngan tumpuan pasukan terarah kepada aksi kalah mati nanti.

Sekiranya JDT melakar kemenangan, mereka akan terus mencipta sejarah baharu apabila menjadi kelab Malaysia pertama mara ke peringkat suku akhir ACL yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI