LONDON – Pengguna tren di ibu kota Britain, London berdepan huru-hara pengangkutan semalam selepas hujan lebat mengakibatkan beberapa bahagian di kota metropolitan itu ditenggelami air, lapor akhbar Metro UK.
Air memenuhi stesen-stesen kereta api dan jalan-jalan raya selepas ribut petir melanda London tengah hari semalam.
Hujan lebat itu menyebabkan banjir kilat, manakala pihak berkuasa mengeluarkan amaran London bakal berdepan ribut petir kuat seperti tahun lalu yang mengakibatkan kerosakan bernilai berjuta-juta pound sterling.
Sementara itu, gimnasium di Dewan Parlimen turut digenangi banjir.
Tengah hari semalam, laluan masuk utama ke Stesen Kereta Api Victoria dilanda banjir manakala di luar stesen Kings Cross, air berombak terhasil di jalan-jalan raya.
Kakitangan bertindak menutup pintu masuk untuk melarang orang ramai memasuki stesen-stesen tersebut. – Agensi