fbpx

Kang Tae-oh mohon tidak dilupakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG TAE-OH

PASTI ramai dalam kalangan peminat fanatik pelakon Kang Tae-oh bakal merindui lakonannya selepas ini.

Nama Tae-oh kini semakin meroket selepas membintangi drama Extraordinary Attorney Woo dan membawa watak sebagai Lee Jun-ho.

Tidak dinafikan selepas penampilannya dalam naskhah hebat tersebut, pelakon itu semakin mendapat perhatian serta menjadi bualan ramai hingga ke saat ini.

Bagaimanapun, Tae-oh, 28, nampaknya bakal ‘menyepi’ hilang daripada dunia hiburan memandangkan namanya sudah tersenarai untuk menyertai khidmat ketenteraan wajib pada hujung tahun ini.

Menurut agensinya, Tae-oh perlu mengambil bahagian dalam khidmat ketenteraan tahun ini, tetapi tarikh kemasukan belum dikeluarkan.

“Saya bersyukur dapat bertemu dengan anda melalui drama yang bagus dan nampaknya kamu semua sangat menyukainya.

“Tolong jangan lupakan saya sebab saya tak akan sesekali lupakan kamu semua. Saya akan kembali dengan sisi baharu dan menjadi lebih matang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI