fbpx

Tidak pilih gaya, pemuda guna Proton Iswara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ken bersama Proton Iswara yang diwarisi daripada datuknya. /Foto Classic Automobile Renaissance

PETALING JAYA – Sikap anak muda yang baru menghabiskan pengajian mereka kadang-kadang ingin tampak bergaya walaupun tidak mempunyai wang yang cukup menjelang akhir bulan.

Kebiasaannya bagi pemuda, jenama kenderaan yang menjadi pilihan adalah Honda mahupun Toyota yang dilihat mempunyai ‘gah’ jika dibandingkan dengan jenama kenderaan tempatan.

Namun berbeza dengan seorang pemuda yang bergelar Ken, 29, apabila Proton Saga Iswara turun temurun daripada datuknya menjadi pilihan.

Menurut laman automotif, Motoqar, ketika mula menerima hatchback itu, kereta tersebut tidak berada dalam keadaan baik yang memerlukan restorasi tambahan bagi mengembalikan semula keadaan asalnya.

Pada zaman itu Ken tidak mampu memiliki sebuah kereta baharu yang murah kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti.

“Pada 2018, keadaan kereta tidak begitu bagus kerana tidak diselenggara dengan baik. Banyak pembaikan dan pemulihan diperlukan untuk mengembalikannya kepada bentuk asal.

“Cadangan alternatif segelintir pihak ketika itu adalah mendapatkan kereta baharu untuk ketenangan fikiran dengan mencadangkan Perodua Myvi 1.3G (manual) termurah, berharga RM44,300.

“Sebagai seorang graduan baru, saya tidak mempunyai RM44,000 untuk membeli Myvi. Cara yang ada adalah meletakkan RM4,000 untuk bayaran muka dengan pinjaman RM40,000 selama 9-tahun.

“Kadar faedah yang saya dapat ketika itu ialah 3.51 peratus dengan ansuran bulanan RM487 hingga 2027. Ini tidak mengambilkira kos lain seperti servis dan penyelenggaraan,” jelas Ken.

Katanya, ketika pertama kali berkongsi penjimatan kos penyelenggaraan di media sosial dua tahun lalu, netizen memuji keputusannya memilih kestabilan kewangan berbanding imej.

Dia baru-baru ini mengemaskini pengalamannya memandu kereta lama di Facebook, mengatakan tidak menyesal memilih Proton Saga Iswara tersebut.

Jelasnya sehingga kini dia menghabiskan kira-kira RM9000 termasuk servis biasa (minyak hitam), cat badan baharu, baik pulih bahagian atas enjin, dan lain-lain kecuali insurans dan cukai jalan.

Kemungkinan nilai tersebut kelihatan agak besar namun jika dibahagikan dengan tahun pemilikkan, Ken menghabiskan kira-kira RM2,250 setahun iaitu RM187.50 per bulan. Itu adalah angka komitmen jauh lebih rendah berbanding ansuran bulanan kereta baharu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI