fbpx

Buli MRSM: Siasatan masih diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI MOHAMED YOOSUF (dua dari kanan) mengadakan sidang akhbar selepas Mesyuarat Pemuafakatan Jabatan Pendidikan Pahang dan Polis di Sekolah Sukan Malaysia Pahang di Kuantan.

KUANTAN – Polis sedang giat berusaha melengkapkan kertas siasatan bagi menyelesaikan isu dakwaan buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan yang tular di media sosial pada minggu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya meneliti pelbagai sudut dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk menunggu laporan dari pihak forensik dan jabatan terlibat untuk sisatan lebih mendalam berkaitan dakwaan buli itu.

“Ada beberapa perkara berkaitan siasatan yang perlu diperkemaskan dan kita juga perlu melihat isu ini dari beberapa sudut dan sedang mendapatkan maklumat dari kaunselor polis sendiri dan sebagainya.

“Kita juga akan berusaha untuk melengkapkan kertas sisatan terbabit secepat mungkin sekali gus menyelesaikan kes berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Permuafakatan Jabatan Pendidikan Pahang dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, di sini, hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan mengenai kejadian pakaian pelajar diconteng dan dikerat malah rambut pelajar perempuan dipotong.

Kejadian berkenaan yang didedahkan seorang penjaga berlaku sejak 17 Jun lalu terus menjadi misteri apabila masih belum dirungkai siapa pelakunya sehingga kini.

Susulan itu polis mengesahkan dua laporan polis dibuat iaitu oleh pihak warden dan ibu pelajar terbabit.

Menurut Ramli kes terbabit tidak melibatkan sebarang unsur gangsterisme kerana tiada elemen terbabit gangsterisme seperti melibatkan aktiviti berkumpulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI