fbpx

Demi Billie Eilish, sanggup berkampung bawa toto ke Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan orang ramai sanggup berkampung seawal pagi untuk mendapat tempat paling hadapan.

PETALING JAYA – Demi mendapat tempat hadapan di konsert, sebilangan peminat sanggup berkhemah di hadapan Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur seawal pukul empat pagi bagi menyaksikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.

Perkara ini dikongsi seorang pengguna di aplikasi TikTok, dia bersama-sama rakannya sanggup bangun seawal 4 pagi untuk beratur di konsert itu, namun setibanya di situ mereka menjadi orang yang ke-10 untuk beratur.

Video berdurasi 41 saat itu juga menunjukkan sekumpulan remaja itu turut membawa alas tidur, kipas, payung , makanan dan banyak lagi sebagai persediaan penuh ketika beratur.

Bagaimanapun, orang ramai mula memenuhi pekarangan Axiata Arena seawal pukul 9.30 pagi dan beratur sehingga dibenarkan masuk.

Tinjauan Kosmo! diruangan komen, rata-rata reaksi orang awam terkejut melihat kegigihan peminat penyanyi antarabangsa tersebut beratur seawal 5 pagi.

“Jadi semua yang pergi konsert ni tak mandi ke?” gurau Syed Fadzree.

“Untuk siapa nak tahu kenapa kena awal, mereka beli tiket Cat1, jadi siapa datang dulu dia akan duduk depan lebih dekat dengan Billie Eilish, sebab itu mereka perlu awal,” kata Neddy.

“Menariknya kalau macam ini nak pergi masjid,” ujar Meowgeram pula. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI