fbpx

3 beradik menderita komplikasi jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ (tengah) bersama isteri dan empat anaknya di rumah mereka di Kampung Sri Makmur, Plentong, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri dari Kampung Sri Makmur, Plentong di sini, terpaksa menerima hakikat tiga anak mereka termasuk bayi berusia 26 hari kini menderita masalah jantung.

Hafiz Al Arshad Mohammed, 41, berkata, ketiga-tiga anaknya itu mula dikesan mengalami jantung berlubang dan jantung terbalik sejak lahir.

Katanya, dia dan isteri, Lina Rais, 37, dikurniakan lima anak iaitu Nursyafina, 12; Mohd. Dany Aqasha, 8; Muhammad Alif, 5; Mohd. Fikri Irshad, 3, dan Mohd. Zikri, berusia 26 hari.

“Tiga anak yang mengalami komplikasi jantung ialah Muhammad Alif, Mohd Fikri Irshad dan Mohd. Zikri.

“Muhammad Alif pernah menjalani pembedahan kerana jantung terbalik pada tahun 2017 dan 2019 yang menelan kos pembedahan ke­seluruhannya kira-kira RM50,000.

“Mohd. Fikri pula menjalani pembedahan kerana masalah jantung berlubang selain membesarkan saluran pernafasan sempit pada awal tahun lalu dengan kos pembedahannya mencecah RM30,000.

“Kami bersyukur kerana ke­semua pembedahan yang di­kendalikan di Institut Jantung Negara (IJN) mene­rima pembia­yaan daripada agensi berkaitan termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Bagaimanapun, anak-anak saya dijangka menjalani dua pembedahan susulan pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Anak bongsunya yang dilahirkan pada 21 Julai lalu juga disahkan menghidap komplikasi jantung dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).

Tambah beliau, bayinya itu tidak dapat dibawa pulang ke rumah sejak dilahirkan kerana berisiko, sebaliknya dia mengunjungi anaknya setiap hari bagi mengetahui perkembangan.

“Saya bukan tidak berusaha, namun pendapatan harian hanya RM80 dan tidak tetap. Saya ha­nya menerima gaji harian, sekiranya tiada tugasan, tiada gaji,” katanya yang bekerja sebagai jurukimpal.

Bukan sahaja keadaan kesihatan tiga anaknya yang merun­singkan, malah Hafiz juga bun­tu berkaitan masa depan anak-anaknya kerana masih belum bersekolah walaupun tiga daripada mereka sepatutnya sudah mengikuti pelajaran di sekolah rendah.

“Memandangkan anak ketiga dan keempat ada masalah kesihatan, saya terpaksa berulang-alik ke hospital sekiranya mereka mengalami sebarang gangguan kesihatan. Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan susulan di IJN dua kali setahun.

“Saya perlu bayar sewa rumah RM300 sebulan selain perbelanjaan dapur, susu serta kos pembelian lampin pakai buang bagi anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Hafiz Al Arshad bernombor 151017349053.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI