fbpx

Gaji wanita Thailand mengurut, lelaki didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang pengusaha kedai urut diarah membayar denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah menggaji dua wanita warga asing secara haram sebagai tukang urut di premisnya.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Thong Hang Seng, 49, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Hang Seng didapati telah menggaji dua perempuan warga Thailand iaitu Siriporn Konkuntod dan Duangmani Chaisri yang tidak mempunyai permit sah untuk bekerja dan memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial.

Kesalahan itu dilakukannya kira-kira pukul 8 malam di Temasek Traditional Massage Level G No 57, Jalan Dalbuquerque, Perkampungan Portugis Ujong Pasir, dekat sini, pada 2 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 Pindaan 2002 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 12 bulan bagi setiap pekerja atau denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan dikenakan dengan alasan perniagaannya terkesan akibat pandemik Covid-19 dan baru beroperasi semula empat bulan lalu.

Selepas mendengar rayuan, mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM20,000 atau penjara tujuh bulan jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI