fbpx

KPKT akan perluas iDAM ke Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (dua kanan) melawat ruang pameran di Hotel Zenith di sini, hari ini./ FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk mengeluarkan Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) di Sabah menjelang akhir tahun ini dan Sarawak pada tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ketika ini, dua negeri itu masih belum menggunakan sistem Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) sepenuhnya.

Beliau berkata, MURNInets adalah produk Malaysia yang berusia 24 tahun dan ia digunakan bagi mengukur dan menilai tahap kemampanan sesebuah bandar di negara ini.

“Kami sudah menghantar pegawai kementerian ke dua negeri berkenaan bagi meyakinkan mereka mengenai iDAM ini.

“Kami percaya iDAM dapat dilaksakan di Sabah akhir tahun ini manakala, Sarawak pula tahun depan memandangkan negeri itu luas dan pengurusan guna tanah serta sumber pula diuruskan kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Anugerah Bandar Berdaya Huni 2021, hari ini.

Katanya, fasa pertama iDAM membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung dan akan ia diperluaskan ke Sabah serta Sarawak pada fasa seterusnya.

Reezal Merican berkata, kerangka pengukuran iDAM bagi fasa pertama membabitkan 23 indikator sahaja dan ia akan diperluaskan kepada 45 indikator dalam fasa-fasa seterusnya.

Menurutnya, iDAM dibentuk menerusi enam kriteria utama iaitu ekonomi makmur dan berdaya saing; kualiti persekitaran mampan dan selamat; komuniti sejahtera; guna tanah dan penggunaan sumber berkesan; infrastruktur asas berkualiti dan tadbir urus bandar efisien.

“Hari ini, 101 PBT dilibatkan menerusi iDAM di mana 10 PBT berada pada tahap Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi, Bandar Berdaya Huni Tahap Tinggi (30 PBT), Bandar Berdaya Huni (55 PBT) dan Bandar Berdaya Huni Tahap Sederhana (6).

“Antara PBT yang dinobatka Bandar Berdaya Huni Tahal Tertinggi adalah Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Kerian, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Daerah Rembau,” katanya.

Katanya, kajian berterusan akan dilakukan agar iDAM sentiasa relevan dengan pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan pentadbiran di negara ini.

Jelasnya lagi, pengukuran ini bersifat dinamik dan ia akan menjadi persaingan sihat kepada semua pihak berkepentingan untuk memastikan setiap kawasan PBT meningkatkan tahap daya huninya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI