fbpx

Hazard cedera lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZARD jarang turun beraksi dengan Real sejak berhijrah daripada Chelsea selepas sering dihimpit masalah kecederaan. - AFP

MADRID – Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane me­ngakui, bingung dengan status kecederaan dialami pemain sayap sensasi, Eden Hazard yang tidak dapat diturunkan ketika menewaskan Real Valla­dolid 1-0 pada aksi La Liga di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Ha­zard, 29, masih belum membuat penampilan bersama Real dalam saingan musim ini dan dia sekali lagi dijangka terlepas perlawanan penting El Clasico menentang Barcelona pada 26 Oktober ini.

Zidane menegaskan, kehilangan Hazard adalah sesuatu yang sukar dijelaskan selepas bekas bintang Chelsea itu mengalami kecederaan dalam sesi latihan terakhir pasukan sebelum aksi menentang Valladolid.

“Saya tidak tahu tempoh masa Hazard akan direhatkan kerana jangkaan awal bahawa dia mengalami kecederaan ringan, tetapi sekarang sudah bertukar menjadi serius. Mungkin kerana dia sudah lama tidak beraksi secara kompetitif menyebabkan kecederaan ini berlaku.

“Saya sudah bercakap de­ngannya dan ternyata dia tidak gembira apabila terpaksa dike­tepikan sekali lagi. Namun, saya mahu dia kekal tenang kerana kami sangat berharap dia dapat kembali secepat mungkin,” kata Zidane.

Real berjaya meraih tiga mata hasil gol tunggal dari­pada Vinicius Junior pada minit ke-65 sekali gus melonjak ke tangga­ ketiga La Liga selepas tiga perlawanan setakat ini.

Juara bertahan itu dijadual­kan menentang Levante dan Cadiz pada 4 dan 18 Oktober ini sebelum membuat perhitu­ngan dengan musuh tradisi, Barcelona di Stadium Camp Nou hujung bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI