fbpx

Sterling galas tugas penyerang City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING (kiri) berjaya menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Burnley di Turf Moor awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola yakin bintang utamanya, Raheem Sterling mampu mengisi kekosongan ditinggalkan dua penyerang pasukan itu, Sergio Aguero dan Gabriel Jesus yang masih mengalami kecederaan.

Sterling mempamerkan aksi cukup membanggakan apabila penyerang England itu berjaya meledak dua gol sekali gus membantu City melangkah ke peringkat suku akhir Piala Liga dengan menewaskan Burnley 3-0 di Turf Moor awal pagi semalam.

“Sterling dapat membantu barisan serangan selepas kami kehilangan Aguero dan Jesus. Saya gembira dia kembali mempamerkan tahap permainan sebenar dalam perlawanan ini

“Sterling boleh bermain dalam tiga perlawanan berturut-turut sebagai penyerang selepas ini. Dia telah membuktikan ketajamannya dan saya berharap momentum ini dapat diteruskan,” kata Guardiola.

Satu lagi gol City dalam perlawanan itu dijaringkan pemain sayap baharu, Ferran Torres yang bijak menyudahkan hantaran cantik Sterling pada minit ke-65.

“Torres memerlukan sedikit masa untuk memahami taktikal pasukan. Namun, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan corak permainannya yang tidak terlalu lama meme­gang bola selain dapat melakukan beberapa hantaran berbahaya dalam perlawanan ini,” jelas Guardiola.

Kemenangan tersebut memastikan City kembali berada pada landasan kemenangan selepas diaibkan dengan kekalahan memalukan 2-5 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI