fbpx

Liga Super: Selangor terus ‘gigit jari’ tewas kepada TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor, Quentin Cheng Jiun Ho (kiri) cuba mengejar bola dari Pemain Terengganu, Mohamad Faisal Abdul Halim pada perlawanan Liga Super 2022 Selangor menentang Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Rentak sumbang pasukan Selangor FC berterusan selepas tewas 0-2 kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Gergasi Merah tampil buat pertama kali dengan sentuhan pemangku ketua jurulatih tempatan, Mohd, Nidzam Jamil yang menggantikan posisi Michael Feichteinbeiner minggu lalu.

Mohd. Nidzam mempertaruhkan kesebelasan terbaik dengan pemain import, Herlison Caion dan Norhakim Hassan mengetuai jentera serangan pasukan.

Namun, pasukan TFC kendalian Nafuzi Zain dilihat lebih garang dengan meraih jaringan pembukaan hasil ledakan dari luar kotak penalti yang dilakukan Habib Haroon pada minit ke-13.

Tersentak dengan itu, Selangor berusaha memperkemaskan jentera serangan tetapi peluang keemasan yang diraih Mukhairi Ajmal pada minit ke-16 tidak menepati sasaran.

Skuad Sang Penyu semakin ghairah apabila berjaya menambah gol kedua menerusi tandukan Manuel Ott selepas menerima hantaran cantik daripada Faisal Halim pada minit ke-39.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan perlawanan yang disaksikan lebih 2250 penonton itu kekal memihak kepada pasukan pelawat.

Keputusan tersebuy menyaksikan Selangor menduduki tangga ke-9 liga dengan mengutip 16 mata berbanding TFC di tempat ke-4 dengan 23 mata. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI