fbpx

Sonny Bill Williams syukur isteri mula pakai tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sonny bergambar bersama isteri dan anak-anaknya.

LONDON – Peninju Profesional, Sonny Bill Williams hari ini berkongsi berita gembira memaklumkan bahawa isterinya, Alana Raffie mengambil keputusan untuk memakai tudung.

Beliau yang juga bekas pemain ragbi All Blacks, memuat naik gambar dia dan keluarganya serta memperlihatkan wajah isterinya ketika lengkap bertudung di Twitter.

Menurut Sonny, kebahagiaan seorang suami adalah apabila melihat isteri nekad untuk berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

“Isteri saya seorang hijabi Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya.

“Apa yang istimewa ialah mengetahui dia telah melakukannya untuk Allah SWT dan bukan orang lain. Semoga Yang Maha Tinggi sentiasa memberkati anda dengan kesihatan yang baik, kepuasan dan kebahagiaan,” ciapnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya turut gembira dan mendoakan agar kehidupan rumahtangganya akan lebih bahagia selepas ini.

“Alhamdulillah, seronok melihat usaha keluarga ini untuk terus jadi Muslim yang sempurna,” kata Han Xin.

“Dia nampak sangat cantik dari sebelum ini. Moga Allah memberi kebahagiaan dalam keluarga ini,” ujar HuzeinBill.

Sebagai tambahan, Sonny sememangnya terkenal dalam arena sukan ragbi dan tinju kerana mempunyai pelbagai rekod peribadi dunia yang cemerlang.

Sonny juga telah memeluk Islam pada tahun 2008 di Perancis sekaligus menjadi Muslim pertama yang bermain untuk All Blacks. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI