fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Dua bintang Man. City legakan Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIMAN

KEYAKINAN yang diletakkan terhadap Kevin De Bruyne nyata menjadi percaturan berbaloi selepas pemain itu menjadi penyumbang mata terbanyak buat Muhammad Aiman Yamin Ibrahim pada minggu kedua.

Walaupun keputusan mema­sukkan Erling Haaland tidak menjadi, pengurus pasukan LaimerxLainer puas ke­rana Phil Foden dan De Bruyne berjaya memberikan banyak mata.

“Kalau ikutkan, minggu pertama agak teruk, tetapi kali ini saya masukkan Haaland dan Foden. Dalam masa sama, saya tetap yakin dengan De Bruyne.

“Terkejut jugalah apabila dapat menang pada minggu kedua dan mungkin De Bruyne dan Gabriel Jesus yang banyak bantu pasukan pada kali ini.

“Niat asal saya memang sasar pemenang mingguan untuk dapatkan mo­dal balik. Apabila berbayar, sudah pasti penyertaan kali ini harus dibuat lebih serius.

“Apa pun, saya rasa langkah ini agak baik dan RM50 boleh dikatakan berbaloi dengan hadiah yang ditawarkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN