fbpx

EPL: Chelsea mahu terus ikat khidmat Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL bakal menerima kontrak baharu lebih lumayan kerana kesetiaannya bersama kelab itu biarpun berdepan banyak isu sebelum ini. – AFP

LONDON – Chelsea dilaporkan sudah mula melakukan rundi­ngan dengan pengurus, Thomas Tuchel berhubung kontrak baharu yang bakal menyaksikan jurulatih dari Jerman itu kekal di Stamford Bridge sehingga 2026.

Difahamkan, pemilik kelab, Todd Boehly mahu membalas kesetiaan Tuchel dengan menawarkan kontrak jangka panjang lebih lumayan kerana kekal bersama pasukan meskipun berdepan banyak isu sebelum ini.

Selain itu, rekod cemerlang pengendali Jerman itu turut diambil kira selepas beliau mengemudi Chelsea memenangi sai­ngan Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA serta Piala Kelab Dunia.

“Kelab ini memiliki segala-galanya untuk membuatkan saya gembira, tidak ada sebab untuk saya tinggalkan Chelsea,” kata Tuchel.

Sementara itu, Boehly juga mahu menerapkan polisi kontrak jangka panjang seperti di Amerika Syarikat (AS) dengan mengikat pemain berusia bawah 25 tahun menerusi perjanjian sekurang-kurangnya lima tahun.

Polisi itu sudah mula di­terapkan oleh rejim baharu Chelsea apabila mereka membawa masuk pemain Aston Villa Carney Chukwuemeka dan bek kiri Brighton, Marc Cucurella dengan menawarkan kontrak selama enam tahun.

Ketika ini, Chelsea dikatakan sedia untuk membuka rundi­ngan bersama tiga produk akademi iaitu Mason Mount, Reece James dan Armando Broja berhubung kontrak baharu selama enam tahun dengan pilihan lanjutan setahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI