fbpx

Bekas isteri belum ‘move on’, ganggu perkahwinan baharu suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sudah bercerai dengan bekas suami, namun seorang wanita masih memuat naik video menggunakan gambar lelaki tersebut di media sosial seolah-olah masih hidup bersama.

Perbuatan itu mengundang rasa tidak selesa isteri baharu lelaki tersebut sehingga ada yang menyangkakan, dia berkahwin dengan suami orang.

Itu luahan diceritakan seorang wanita menerusi Facebook Peguam Kebajikan yang buntu mencari jalan penyelesaian terhadap perbuatan bekas isteri suaminya.

“Mengganggu rumah tangga secara terus, tidaklah.Tetapi wanita ini memuat naik video di laman sosial menggunakan gambar suami saya.

“Suami saya itu duda dan setahun lebih sudah bercerai. Kami baru berkahwin empat bulan dan saya tidak melihat media sosial wanita itu,” katanya pada hantaran tersebut.

Wanita itu memberitahu, dia hanya mengetahui tindakan bekas isteri suaminya apabila menerima mesej peribadi daripada seorang rakan.

“Bangun pagi kawan WhatsApp tanya sama ada saya berkahwin dengan suami orang kerana ternampak gambar suami dengan wanita lain.

“Ya Allah, hancur hati. Nasib pagi ini tidak bergaduh dengan suami. Senak perut memikirkannya.

“Mestilah fikir yang tidak elok. Mana tahu dia sihir rumah tangga saya. Semoga Allah lindungi rumah tangga saya,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI