fbpx

Tentera AS lancar ujian peluru berpandu balistik antara benua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ICBM Minuteman III yang tidak berpeledak dilancarkan pada 2017 dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California. -Ian Dudley/Tentera Udara A.S.

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) menjalankan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) kelmarin bagi menonjolkan kesan kehancuran dan keberkesanan penghalang nuklear negara, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

ICBM Minuteman III yang tidak berpeledak telah dilancarkan pada pukul 12.49 tengah malam (waktu Pasifik) dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di daerah Santa Barbara, California, demikian menurut Komando Serangan Global Tentera Udara (AFGSC).

“Tidak salah lagi bahawa nuklear kami adalah asas keselamatan negara dan sekutu-sekutu di seluruh dunia. Pelancaran ujian berjadual ini menunjukkan bagaimana senjata ICBM kami bersedia dan boleh dipercayai.

“Ia juga menunjukkan kemahiran dan kepakaran kakitangan penyelenggaraan senjata strategik serta kru peluru berpandu kami dalam mengekalkan kewaspadaan yang tidak berbelah bahagi untuk mempertahankan tanah air,” kata Komander Skuadron Ujian Penerbangan ke-576, Kolonel Chris Cruise dalam satu kenyataan.

ICBM itu membawa kenderaan ujian kemasukan semula dan mengembara kira-kira 6,759 kilometer ke Atol Kwajalein di Kepulauan Marshall.

Lebih 300 ujian sistem ICBM Minuteman telah dijalankan setakat ini dengan Tentera Udara menyatakan bahawa ujian kali ini dijadualkan lebih awal.

Menurut Washington, ia bukan tindak balas terhadap peristiwa dunia termasuk ketegangan dengan China dan Russia baru-baru ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI