fbpx

1,500 asnaf disasarkan keluar daripada penerima tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin (kiri) dan Ismail ketika menyantuni Siti Asma yang merupakan balu Allahyarham Khairul Ameer Anor Shamsuddin di kediamannya di Puncak Alam, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

KUALA SELANGOR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan seramai 1,500 asnaf di Selangor keluar daripada kelompok tersebut pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pembangunan asnaf dilakukan pihaknya kepada generasi pertama iaitu ketua keluarga dan kedua melibatkan anak-anak mereka.

Katanya, ini menerusi bantuan keusahawanan dan kerjaya menerusi kerjasama dengan agensi lain seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Pada tahun lalu, kita berjaya mengeluarkan keseluruhan 1,024 asnaf dari meningkat pendapatan dan tidak termasuk mereka yang telah berpindah (berhijrah) keluar daripada Selangor dan meninggal dunia.

“Berdasarkan data belum diaudit sehingga Jun tahun ini dianggarkan ada 500 keluarga telah mendaftar keluar daripada asnaf,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Baru-baru ini tular mengenai seorang penerima zakat dari Kajang yang menghantar surat memohon ditamatkan bantuan bulanan kepada LZS dan mendapat pujian netizen.

Jelas Mohd. Sabirin, berdasarkan statistik tahun lalu menunjukkan terdapat seramai 65,000 asnaf keseluruhan di Selangor.

Terdahulu Mohd. Sabirin bersama Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sinergi Perkeso, Ismail Abi Hashim menyempurnakan penyerahan sumbangan Kotak Prihatin dan Bayaran faedah pengurusan mayat Perkeso kepada Siti Asma Ahmad Izhar,39, yang merupakan balu Allahyarham Khairul Ameer Anor Shamsuddin, 39 di kediamannya di Simfoni Perdana, Puncak Alam di sini.

Khairul Ameer merupakan kakitangan LZS cawangan Gombak meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI