fbpx

Ziarah bekas suami, baiknya Ashira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Ashira dalam TikTok yang menuai banyak respons khalayak.

TAHUN ini, banyak sungguh berita tentang perceraian golongan selebriti.

Antara yang paling mengejutkan ramai ialah perceraian Ashira dan Bad Indigo. Memang terkejut sungguh apabila mereka sendiri mengumumkan khabar duka tersebut.

Hanya mereka sahaja yang tahu mengapa perceraian tersebut berlaku.

Bagaimanapun, satu hal yang patut dipuji ialah hubungan baik antara mereka.

Baru-baru ini, video Ashira melawat bekas suaminya di tempat kerja meraih pujian ramai. Biarpun bercerai mereka masih berhubung baik antara satu sama lain. Dalam video tersebut, Ashira membuat kejutan melawat Bad. Kagum sungguh melihat hubungan baik mereka, tidak bergaduh mahupun bermasam muka seperti pasangan yang bercerai lain.

“Ada orang tak mampu bahagia ketika menjadi suami isteri tetapi boleh berbaik sebagai kawan,” komen netizen.

“Comellah mereka, masih berbaik walaupun sudah berpisah,” puji netizen.

MIZZ LAHAR: Meriahnya majlis kahwin Aizat macam konsert!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI