RASA-RASANYA ini bukan kali pertama Mizz Lahar meluahkan rasa tentang penangan sensasi Baby Shima.
Sebelum ini ada juga berharap Shima tidak melakukan sebarang tindakan yang mengundang kecaman, namun ternyata sia-sia.
Sepertinya, semakin ditegur semakin berani pula dia menunjukkan taring. Sebelum ini, jarang nak lihat dia bergelek dan memakai baju seksi tetapi sekarang semakin kerap.
Paling kecewa ialah aksi ghairahnya dalam klip video bersama Datuk Aliff Syukri.
Pada pendapat Mizz Lahar, Shima ‘berehatlah’ dahulu. Cukup-cukuplah. Biarkan semua kecaman reda kemudian kembalilah dengan dengan imej lebih baik.
Janganlah ditambah lagi minyak dalam api yang sedang menyambar.
MIZZ LAHAR: Tertanya-tanya, Dayang Nur Faizah tak nak buat konsert juga?