fbpx

Ke Paya Terubong bagi anjing makanan tak habis – Pemilik nasi ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar individu dipercayai pekerja terlibat dalam isu peniaga Muslim mengambil bekalan nasi ayam dan itik dari kedai peniaga bukan Islam di Paya Terubong, George Town di sini.

PETALING JAYA – Pemilik Restoran Ayam dan Itik Sungai Ara menafikan tuduhan kehadiran pekerjanya ke sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong untuk mengambil masakan nasi ayam dan menjualnya di gerai miliknya.

Menurut peniaga gerai itu, video permohonan maaf yang dimuat naik oleh mereka sudah menjelaskan tindakan mereka hanya menurunkan barang makanan itu di kedai makanan Cina itu untuk membasuh bekas-bekas makanan sahaja.

“Kami hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran di Paya Terubong untuk diberi kepada anjing selain membasuh bekas-bekas dan peralatan makanan di situ.

“Salah jika anggap kami ke kedai itu untuk ambil stok makanan, semua makanan di sini kami masak, semua terdiri dari orang Melayu Islam sendiri, kami minta maaf timbulkan keraguan buat para pembeli terutama beragama Islam,” katanya dalam video mohon maaf tersebut.

Video mohon maaf tersebut juga menimbul banyak persoalan kepada pengguna terutamanya mengenai jarak yang digunakan untuk membasuh barangan dapur yang jauh dianggap tidak masuk akal.

Menurut satu video yang dimuat naik oleh @AjoMamu di TikTok, dia mempersoalkan jarak antara Sungai Ara dan tempat membasuh barang dapur di Paya Terubong sejauh 16 Kilometer.

“Sangat tidak logik kerana banyak lagi restoran yang berdekatan yang boleh minta tolong untuk dicuci, dan juga paip pula ada di merata tempat, tiada alasan untuk berjalan jauh semata-mata untuk ke sana.

“Dalam video penjelasan itu, dia menyatakan tempat masak di Gurney perlu disiasat, dan paling penting mereka tak mungkin tidak tahu kedai di Paya Terubong itu ada jual daging babi” katanya.

Tinjauan Kosmo! di laman rasmi Facebook pekerja yang memuat naik video tersebut , dia sudah membuang semula video pengakuan itu yang telah dimuat naik dan menutup ruang komen di gambarnya juga. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI