fbpx

Daftar produk perkhidmatan air menerusi SPCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendapati masih terdapat produk perkhidmatan air yang belum berdaftar dengan SPAN sekali gus kekal digunakan dalam industri.

SPAN menerusi kenyataan berkata, perkara itu dikesan menerusi pemeriksaan dijalankan pihaknya sejak awal tahun sehingga kini.

Menurutnya, pemeriksaan itu dilakukan melalui Bahagian Pembangunan dan Audit Industri ke atas pembekal-pembekal produk di seluruh negara.

“Tujuan utama pemeriksaan adalah bagi memastikan pihak pembekal mendaftarkan produk mereka berdasarkan standard yang telah ditetapkan oleh SPAN serta diuji dan disahkan oleh Badan Pensijilan,” katanya.

SPAN berkata, mana-mana pembekal yang membekalkan produk yang tidak berdaftar dengan SPAN akan disiasat di bawah Seksyen 129 Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655).

Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI