fbpx

Tiada bukti doktor pelatih maut kena buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Siti Hamisah bercakap ketika taklimat media khas mengenai HWCITF di Kementerian Kesihatan hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Selepas genap empat bulan insiden seorang doktor pelatih maut terjatuh dari sebuah apartmen di Pulau Pinang, laporan terkini mengesahkan kes tersebut tidak mempunyai unsur gejala buli.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF), Prof. Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil analisis ke atas laporan pengesanan dan pengesahan dijalankan Unit Integriti Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hasil analisis ke atas laporan pengesanan dan pengesahan Unit Intergriti, kami merumuskan tiada bukti kukuh dengan elemen buli di tempat kerja.

“Kami mengekalkan pandangan bahawa isu kematian pegawai perubatan siswazah (PPS)
itu tidak ada kena mengena dengan unsur buli kecuali ada lagi maklumat baharu,” katanya pada taklimat khas HWCITF di sini tadi.

Mengulas lanjut, Dr. Siti Hamisah berkata, setakat ini juga tiada perkembangan tambahan
dikeluarkan pihak polis melalui penyiasatan ke atas kes berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI