fbpx

Ibu mimpi anak dihanyutkan jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAADIAH Daud (kiri) menunggu operasi pencarian anaknya yang hilang dihanyutkan arus deras di Sungai Triang di Bera hari ini.

BERA – “Saya seakan dapat ‘bayangan’ menerusi mimpi yang anak saya telah dihanyutkan jauh dari lokasi kejadian, sementara kawan anak (seorang lagi mangsa) masih berada dekat kawasan berdekatan kawasan pasir,”kata Saadiah Daud, 48.

Itu yang diluahkan ibu kepada Muhammad Nik Ikmal Shah Ismail, 15, remaja lelaki hilang ketika mandi bersama lapan rakan di Sungai Triang, dekat Kampung Kerayong, di sini semalam.

“Malam tadi, saya menunggu di sini dan terlelap sekejap dalam lima minit, masa itu saya termimpi, anak saya sudah hanyut jauh dan kawan anak tu, masih ada dekat-dekat mereka mandi.

“Saya beritahu pasukan yang bertugas dan ada orang kampung yang buat solat hajat malam tadi hingga pukul 4 pagi,”katanya di sini hari ini.

Semalam dua sahabat, Muhamad Nik Ikmal Shah Ismail,15, dan Muhammad Danial Isryad Norazlan,11, dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Triang di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI