fbpx

Bayi, kanak-kanak Orang Asli sakit naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter jenis Agusta Westland 189 yang digunakan Unit Udara JBPM untuk mengambil dua pesakit di Pos Bihai, Gua Musang semalam. IHSAN UNIT UDARA JBPM

GUA MUSANG – Seorang bayi bersama seorang kanak-kanak Orang Asli yang mengalami demam panas dan sesak nafas dari Pos Bihai di sini dibawa ke Hospital Gua Musang menggunakan perkhidmatan helikopter dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam.

Bayi perempuan, Lili Safina yang berusia lapan bulan dan kanak-kanak lelaki, Affenzie Khylic Keyel, 2, dari Kampung Piyel bersama-sama ibu mereka dibawa menaiki helikopter jenis Agusta Westland 189 ke hospital.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, pihaknya berlepas dari pangkalan udara kira-kira pukul 11.05 pagi.

Menurutnya, penerbangan yang diketuainya dibantu Penolong Juruterbang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Safri Rambli bersama tiga lagi anggota.

“Kami selamat mendarat di Kampung Piyel kira-kira satu jam 10 minit kemudian sebelum mengambil Affenzie Khylic dan ibunya.

“Selepas itu, kita terus bergerak ke Kampung Bihai Lama sebelum mendarat kira-kira pukul 12.25 tengah hari untuk mengambil Lili dan ibunya sebeim terus bergerak untuk mendarat di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI