fbpx

Kedai roti di HSI jual ban sosej RM5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROTI ban sosej yang dipercayai dijual dengan harga RM5.

JOHOR BAHRU – Sebuah kedai roti di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru mendapat kritikan di media sosial apabila menjual ban sosej pada harga RM5.

Setelah perkara itu tular di media sosial, pihak pengurusan HSI mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan pemilik kedai roti tersebut untuk menurunkan harga jualan makanan itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, semakan telah dibuat dan jabatan ini ingin mengesahkan bahawa isu tersebut adalah berasas.

Beliau berkata, surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut dan pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan.

“Pihak pengurusan hospital juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua hari lalu, pemilik akaun Facebook, Choudhry Sundaram Padiachee meluahkan kekecewaan terhadap pemilik kedai itu yang menjual ban sosej pada harga RM5.

Katanya, dia terkejut melihat tanda harga pada harga roti tersebut yang disifatkan keterlaluan dan mahal bagi ban sosej biasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI