fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda di lima negeri menjelang petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di negeri Perlis dan Kedah melibatkan daerah Langkawi dan Kubang Pasu.

“Manakala hujan lebat dan ribut petir juga dijangka melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor melibatkan kawasan sekitar Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, serta Hulu langat.

“Selain itu, cuaca yang sama dijangka turut berlaku di Negeri Sembilan meliputi kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, dan Tampin,” katanya hari ini.

Tambahnya, cuaca buruk turut akan berlaku di Melaka di daerah Alor Gajah dan Jasin diikuti dengan Johor iaitu di Tangkak dan Segamat sehingga 3 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI