fbpx

Anak lari malam ikut mat motor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norshahzrin Shahzwani Mohd Hafiz yang dilaporkan melarikan diri dari rumahnya pada 11 Ogos lalu.

BATU PAHAT – Orang ramai khususnya penduduk di Batu Pahat dirayu membantu mencari seorang remaja wanita kerana dipercayai melarikan diri dari rumahnya bersama seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Siti Azizah Mohd Mazlan,40, berkata, kehilangan anak sulung daripada tiga beradik iaitu Norshahzrin Shahzwani Mohd. Hafiz, 16, hanya disedari ketika mahu mengejutkan untuk pergi ke sekolah pada pukul 5 pagi 11 Ogos lalu.

Katanya, keluarga percaya anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongkang Pecah itu keluar dari rumah antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi kerana dia dan suaminya masuk tidur kira- pukul 12.30 tengah malam.

“Pemeriksaan di dalam bilik tidurnya mendapati along hanya membawa sepasang pakaian dan wang tunai kira-kira RM100.

“Manakala ketika keluar rumah dia dipercayai menggunakan seluar track suit warna hitam serta baju T pasukan bolasepak berwarna merah,”katanya ketika menghubungi Kosmo! hari ini.

Azizah yang tinggal di Kampung Parit Amat, Bukit Pasir dekat sini berkata sebelum kejadian ini tiada perselisihan faham antara anaknya itu sama ada dengan ayah atau ahli keluarga lain.

“Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini dia hanya mengurung diri di dalam bilik tidurnya setiap kali selepas balik dari sekolah.

“Usaha mencarinya sudah dilakukan di sekitar Kampung serta bandar Batu Pahat selain bertanya dengan kawan-kawan sekelas namun masih belum dapat menemuinya,”katanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang anak saya boleh berhubung terus dengan ayahnya Mohd Hafiz di talian 018-7655419 atau melaporkannya kepada mana-mana balai polis berdekatan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI