fbpx

Pemilik perniagaan dikesan sewa premis untuk warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang diperiksa dalam Ops Bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Terdapat beberapa pemilik premis perniagaan dikesan mengubah suai premis untuk disewa kepada warga asing bagi mengaut keuntungan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kehadiran warga asing di pasar borong berkenaan.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat satu premis yang diubah suai untuk menempatkan lima bilik disewa puluhan warga asing yang dikenakan bayaran RM100 bagi setiap individu sebulan.

“Kita turut menyita sebanyak tiga premis serta barang jualan yang didapati dikendalikan oleh warga asing,” katanya pada sidang akhbar di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambah Jalaluddin, pihaknya memberi amaran keras terhadap pemilik premis perniagaan yang masih berdegil menyewakan premis kepada pihak ketiga.

“Kita akan mengenakan tindakan tegas terhadap pemilik premis perniagaan yang dikesan memberi sewaan premis kepada warga asing serta pendatang asing tanpa izin (PATI) sehingga wujud budaya monopoli perniagaan di sekitar pasar borong.

“Ini termasuk mengambil tindakan membatalkan lesen mereka serta merta termasuk menyita barang jualan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI