BERA – Dua kanak-kanak berusia belasan tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus Sungai Triang dekat Kampung Kerayong, di sini, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Bera, Ahmad Azmi Hanfiah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mangsa dipercayai mandi di kawasan berpasir di sungai itu.
“Dipercayai seorang daripadanya dihanyutkan arus dan seorang lagi rakannya cuba menyelamatkan mangsa.
“Bagaimanapun, kedua-duanya dipercayai hilang akibat dibawa arus deras,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya sehingga pukul 6.30 petang, usaha mencari dan menyelamat mangsa giat dilakukan dan kedua-dua mangsa belum ditemukan. – KOSMO! ONLINE