fbpx

Asnaf mohon batal penerima zakat, jangka pendapatan stabil bulan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat yang dihantar seorang asnaf kepada pihak LZS.

PETALING JAYA – Sekeping surat yang ditulis seorang asnaf memohon supaya namanya dibatalkan dalam senarai penerima zakat telah mengundang pujian orang ramai.

Keratan surat tersebut dikongsikan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Facebook semalam.

“Saya seperti nama di atas ingin membuat permohonan membatalkan nama saya dalam senarai nama bantuan zakat Selangor.

“Ini adalah kerana pendapatan saya dijangka stabil pada bulan September 2022,” tulis asnaf tersebut.

Tambah LZS, individu berkenaan juga telah menghubungi pihaknya untuk memaklumkan perkara tersebut.

“Ustaz, saya nak keluar asnaf. Insya-Allah pendapatan saya dah semakin baik dan cukuplah zakat bantu saya sebelum ini, tentu ramai lagi yang memerlukan bantuan dari zakat. Terima kasih pembayar zakat,” katanya berkongsi hasil perbualan bersama individu terbabit.

Sementara itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai pada ruangan komen.

“Alhamdulillah, harap ramai yang ikhlas macam hamba Allah ini, bila sampai masa dia sendiri yang tarik diri, semoga dipermudahkan segala urusannya,” kata Yong Anisah Yaacob.

“Orangnya baik pekertinya, jujur dan amanah, Insya-Allah didoakan agar Allah permudahkan urusan kehidupannya dan rezekinya,” ujar Nur Faieza Asmuie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI