fbpx

Mesranya Rossa, Henry Lau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSA bertemu Henry semasa berkunjung ke Korea Selatan baru-baru ini.

PENYANYI Rossa menarik perhatian netizen selepas dilihat makan tengah hari bersama bekas anggota kumpulan K-pop, Super Junior-M iaitu Henry Lau.

Paling mengujakan, penyanyi berusia 43 tahun itu turut mengajak Henry berlakon seolah-olah melakukan adegan dalam K-drama.

Rossa menghulurkan tangannya dan disambut Henry yang duduk di hadapannya sambil tersenyum. Pada masa sama, netizen juga mendakwa melihat tangan pelantun lagu Pudar itu menggeletar saat disambut Henry.

“Oh my god! (Oh, Tuhanku) Saya sangat gementar bertemu lelaki kacak,” tulis Rossa.

Sebelum Rossa, pelakon Prilly Latuconsina juga meluangkan masa bersama Henry menikmati sarapan pagi bersama-sama sehingga membuatkan nama pelakon itu trending dalam Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI