KISAH asmara antara pelakon juga model jelita, Luna Maya bersama bekas kekasihnya iaitu Ariel Noah diketahui sudah lama berakhir.
Bagaimanapun, sehingga kini, peminat kedua-dua selebriti itu masih mengharapkan mereka kembali menjalin komitmen, sekali gus menjadi pasangan suami isteri.
Terbaharu, Luna menarik perhatian netizen apabila menjadi pengacara bersama Boy William dalam sebuah program hiburan di Bali.
Menariknya, antara penyanyi yang membuat persembahan dalam program tersebut ialah Ariel. Saat penyanyi berusia 40 tahun itu membuat persembahan di atas pentas,
Boy secara sembunyi merakam gelagat Luna yang dilihat begitu asyik menonton persembahan bekas kekasihnya itu.
Menyedari aksinya dirakam, Luna kemudiannya berpura-pura bermain telefon bimbit, namun diminta oleh Boy untuk memberi tumpuan pada persembahan Ariel.
Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila teruja melihat aksi Luna yang tidak dapat menahan rasa malu.