fbpx

Suami berdosa jadi ‘biawak hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Golongan suami tidak bekerja dan pemalas serta hanya bergantung harap kepada isteri untuk menanggung sepenuhnya perbelanjaan keluarga adalah berdosa.

Menerusi teguran oleh penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar berkata, golongan suami seperti itu menjadi beban kepada pasangan mereka malah, ia juga dilihat seakan-akan menjadi trend masa kini.

“Ada juga suami bekerja tetapi selepas itu, dia bahagi-bahagi iaitu isteri bayar ini dan dia bayar yang ini. Itu juga salah.

“Paling teruk sekali tidak kerja langsung dan semuanya isteri tanggung.

“Kalau satu hari dia tidak beri nafkah kepada isteri dan anak, Nabi kata yang itu pun sudah cukup dosa untuk melayakkan suami masuk neraka,” katanya pada video dikongsikan seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, beliau berkata, suami wajib memberi makan isteri sehari sebanyak dua kali.

“Itu yang wajib, hendak bagi mudah faham. Tidak bahas lagi pakaian dan tempat tinggal.

“Makan yang paling ringan ini pun, hari ini semakin ramai (tidak beri nafkah). Jadi macam trend, suami tidak kerja atau suami malas kerja atau bekerja tapi bahagi-bahagi benda sepatutnya dia tanggung,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI