fbpx

Nahas jalan raya klise yang perlu dihindari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
WAN AZHAR WAN ABDULLAH, PENOLONG PENGARANG BERITA

Kita bertuah tinggal di negara ini.

Bertuah kerana Malaysia sebuah negara melting pot yang aman tanpa perang saudara seperti negara di Asia Barat, Amerika Selatan dan rantau lain yang meragut ribuan nyawa.

Negara ini juga jarang dilanda bencana alam yang dahsyat seperti puting beliung, letusan gunung berapi, gempa bumi atau tsunami kecuali pada 2004 seingat penulis.

Di sebalik tuah itu, masih ramai penduduk negara ini menjadi korban di jalan raya saban tahun.

Mengikut perangkaan Kementerian Pengangkutan, jumlah korban kemalangan jalan raya dari tahun 2011 hingga 2016 secara purata menghampiri 7,000 orang.

Kajian demi kajian yang dilakukan sejak dari tahun 1990-an juga menunjukkan keputusan serupa iaitu korban kemalangan paling tinggi adalah melibatkan motosikal.

Punca utama pula disebabkan faktor manusia terutamanya kecuaian, kelalaian, ketidakmahiran dan mengendali kenderaan secara tidak berhemah.

Satu kajian di Malaysia turut menunjukkan keputusan di luar jangkaan iaitu lebih 59 peratus kemalangan sebenarnya berlaku di jalan lurus.

Di peringkat dunia pula, kemalangan jalan raya meragut lebih 3,400 nyawa setiap hari atau sekitar 1.25 juta kematian setahun.

Majoriti yang terbabit dalam kemalangan adalah mereka berusia 15 tahun hingga 29 tahun dan kadar kemalangan pula tinggi di negara-negara berpendapatan rendah.

Punca utama berlakunya kemalangan maut di peringkat global seperti dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah memandu laju, memandu di bawah pengaruh allkohol, cuai memandu terutamanya menggunakan telefon bimbit, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar

Menurut senarai kemalangan maut World Health Rankings, Malaysia berada di tempat 65 dengan mencatatkan 23.4 kematian dalam setiap 100,000 orang.

Negara paling banyak kemalangan maut ialah Zimbabwe, manakala Sweden unggul apabila merekodkan 2.31 kematian untuk setiap 100,000 orang.

Di Asia Tenggara, negara jiran kita seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar dan Vietnam semuanya mempunyai rekod lebih baik berbanding Malaysia kecuali tetangga kita, Thailand.

Kebanyakan kemalangan maut di negara ini sebenarnya boleh dielakkan – nasihat klise, tetapi itulah hakikatnya, sekiranya pemandu lebih berhemah di jalan raya.

Namun, kesantunan yang sudah sebati dengan rakyat negara ini hilang sebaik sahaja mereka memandu.

Pemandunya pula bermacam-macam ragam sehingga boleh mencabar kesabaran pengguna lain.

Mungkin juga bilangan kenderaan di negara ini sudah mencapai tahap tepu iaitu mencecah 31. 2 juta unit pada 2019 atau menyamai penduduk Malaysia itu sendiri.

Menurut senarai Wikipedia, Malaysia berada di kedudukan 40 negara yang mempunyai paling banyak kenderaan berbanding jumlah penduduk.

Mungkin sudah sampai waktunya untuk pihak berwajib mengetatkan undang-undang.

Namun, perlu juga ada political will untuk melihat dan menerima kenyataan bahawa kemalangan jalan raya adalah isu serius dan tidak boleh dibuat main.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI