fbpx

Fosil dinosaur kerdil 1.5 meter ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBARAN saintis mengenai dinosaur kerdil dikenali sebagai Jakapil Kaniukura yang mana fosilnya ditemui di Rio Negro, Argentina.

AHLI paleontologi mengumumkan penemuan fosil dinosaur kecil di wilayah Rio Negro, Argentina.

Dinosaur kerdil itu dikenali sebagai Jakapil Kaniukura dan mempunyai perisai kecil pada bahagian belakang badannya.

Ia dianggarkan hidup di Pantagonia sekitar 100 juta tahun lalu pada zaman Cretaceous.
Potongan tulang dinosaur itu yang ditemui di Rio Negro itu menunjukkan, haiwan primitif itu memiliki panjang 1.5 meter dan berat sekitar 4 hingga 7 kilogram sama seperti berat seekor kucing.

Sisa-sisa fosilnya telah digali sejak sedekad lalu berhampiran dengan empangan di Patagonia di zon paleontologi La Buitrera, Rio Negro.

Para saintis berkata, Jakapil Kaniukura tersebut merupakan dinosaur berperisai pertama seumpamanya ditemui di benua Amerika Selatan.

Ia adalah sebahagian daripada kumpulan dinosaur thyreophoran seperti stegosaurus yang terkenal dengan perisai belakang bertulang dan mempunyai ekor berduri.

Pakar paleontologi, Sebastian Apesteguia dan rakan-rakannya menemui sebahagian rangka dinosuar tersebut bersama 15 serpihan gigi yang dikatakan seakan-akan gigi iguana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI