fbpx

16 pelajar cedera, van sekolah terbabas masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van sekolah dinaiki sekumpulan pelajar yang terbabas ke dalam parit berdekatan Taman Rhu, Tikam Batu di sini hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar perempuan patah tangan kanan manakala 16 lagi cedera ringan apabila van sekolah dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di bahu jalan berdekatan Taman Rhu, Tikam Batu di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.40 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah van sekolah yang dipercayai terbabas sendiri ke dalam parit di bahu jalan.

“Tiada mangsa yang tersepit di dalam van tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebahagian pelajar sekolah yang cedera selepas van dinaiki terbabas ke dalam parit di bahu jalan di Tikam Batu dekat Sungai Petani pada pagi tadi.

Kata beliau, terdapat 17 mangsa melibatkan seorang pemandu van berusia lingkungan 50-an dan 16 pelajar sekolah rendah berusia antara tujuh hingga 12 tahun.

“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun patah tangan kanan.

“Sementara 16 mangsa lain terdiri daripada pemandu van, 10 kanak-kanak lelaki dan lima perempuan cedera ringan,” ujarnya.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu memberikan rawatan awal kepada mangsa seterusnya membawa dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

“Mangsa lain telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI