KUALA LUMPUR – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini bersetuju melantik Datuk Zahida Zarik Khan sebagai Ketua Puteri Barisan Nasional.
Pelantikan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebentar tadi.
Menurut Zambry, Zahida akan menyelaras semua pergerakan wanita muda di semua parti komponen BN.
Selain itu, selaras dengan perlembagaan BN, Fasa 8.3.E, Mesyuarat Agung Dewan Tertinggi mengesahkan penyambungan pelantikan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi tempoh dua tahun lagi.-KOSMO! ONLINE